Homemade & Halal Cupcakes/Cakes/Brownies/Tartlets/Chocolate

Interested to give to someone special ????

Here, i will serve to u a variety cake n cupcakes for all occasion event:- ::: Annual Dinner+ Anniversary Celebration+ Birthday party+Wedding+AqiQah+Engagement Reception+ Cukur Jambul+ Doa Selamat+Tahlil+Sport day+Openhouse+ Family gathering+Party+Portluck+Barbecue+ Family Holiday and More.

*** Berat kek mycreativshoppe selalunya tidak seperti berat yg tertera krn mycreativeshoppe menitikberatkan amalan "Berniaga dn Beramal"...sedekah dititipkan dengan melebihkan berat kandungan kek... InsyaALLAH ***

Pengumuman

kepada pelanggan yang dihormati,

Terimakasih kerana masih menyokong mycreativeshoppe.

Dengan sedia maklum setelah perlaksanaan GST, secara langsung telah menyebabkan kenaikan harga barang-barang asas dalam perniagaan bakery yang agat tinggi,

oleh itu mycreativeshoppe dengan rendah diri terpaksa mengambil inisiatif untuk menstabilkan bebanan harga dengan menaikkan sedikit harga kek yang berkuatkuasa bulan April.

Diharap harga baru ini masih mampu milik dan tidak membebankan para pelanggan semua.

Semoga masih sudi menyokong mycreativeshoppe.


p/s.. Senarai harga masih dalam kemaskini.sila whatsapp or email untuk mendapatkan harga yang sebenar.

Terimakasih.

Thursday, January 27, 2011

Hadiah Kesulitan

Saat mendongak jauh di dada-dada langit, terasa tenteram seketika. Tenang melihat salju nan memutih. Memukau pandangan dari relung hati yang penuh terasak. Melalui kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai rasa. Kekadang terasa ingin ketawa, tersenyum, sedih, menangis, takut semuanya terhimpun dalam citra warna dunia yang fana ini. Redup tiap mata yang memandang, kebiruan langit seolah mengamit hati untuk kembali. Kembali pada fitrah bukannya bersandar pada angan-angan yang sampai bila tidak akan jadi kenyataan. Usah mengharap kebahagian dan keindahan itu mudah digapai kerana tidak semua antara manusia mampu memilikinya. Pada hamparan dunia yang penuh dengan kemelut debu dan noda hingga ada yang tergoda akhirnya menyerah kalah pada yang menguji.
Katakan siapakah diantara kita tidak pernah diuji oleh-Nya. Agar dapat bisa kenal bagaimana rupa wajah dan hatinya? namun jika ada, semua itu hanya sandiwara pada bibir yang manis tapi dusta di dalam. Tidak ada diantara kita dibiarkan menyendiri tanpa terusik walaupun sehata. Melainkan hidup dengan penuh ujian dan rintangan. Kita, selalu menginginkan yang cantik-cantik, indah-indah dan membahagikan. Tapi bila kesulitan yang saban hari memenuhi ruang lingkup kehidupan ini, kita cuba tolak ketepi. Sayangnya tidak mungkin semudah itu. Terpaksa telan dalam-dalam tapi jiwa sakit beronak tidak tenang dan bahagia. Mengapa HADIAH kesulitan berupa ini di beri oleh Pemberi Nikmat yang sebenar?
Supaya kita menjadi hambanya yang sentiasa ingat bahawa hidup sentiasa berharap kepada-Nya.Sesungguhnya di dalam kesulitan ada kemudahan, kemudahan yang hadir dari kesabaran. Dan kesabaran itu hasil dari keyakinan. Yakin bahawa setiap apa yang diberi Allah swt tetap semuanya manis-manis walaupun ia terlalu pahit dan sulit. Kerana di dalam kepahitan dan kesulitan itu tersembunyi MUTIARA HIKMAH yang paling bernilai. "Faina maal usri yusra Inna maalusri yusra" Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
Pandanglah bumi ini, ia tetap sama walaupun dimana kita berada kita tetap berpijak dibumi yang nyata. Raihlah kebahagiaan yang HAKIKI!


Dipetik dr : http://ainakamarkehidupan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment