Homemade & Halal Cupcakes/Cakes/Brownies/Tartlets/Chocolate

Interested to give to someone special ????

Here, i will serve to u a variety cake n cupcakes for all occasion event:- ::: Annual Dinner+ Anniversary Celebration+ Birthday party+Wedding+AqiQah+Engagement Reception+ Cukur Jambul+ Doa Selamat+Tahlil+Sport day+Openhouse+ Family gathering+Party+Portluck+Barbecue+ Family Holiday and More.

*** Berat kek mycreativshoppe selalunya tidak seperti berat yg tertera krn mycreativeshoppe menitikberatkan amalan "Berniaga dn Beramal"...sedekah dititipkan dengan melebihkan berat kandungan kek... InsyaALLAH ***

Pengumuman

kepada pelanggan yang dihormati,

Terimakasih kerana masih menyokong mycreativeshoppe.

Dengan sedia maklum setelah perlaksanaan GST, secara langsung telah menyebabkan kenaikan harga barang-barang asas dalam perniagaan bakery yang agat tinggi,

oleh itu mycreativeshoppe dengan rendah diri terpaksa mengambil inisiatif untuk menstabilkan bebanan harga dengan menaikkan sedikit harga kek yang berkuatkuasa bulan April.

Diharap harga baru ini masih mampu milik dan tidak membebankan para pelanggan semua.

Semoga masih sudi menyokong mycreativeshoppe.


p/s.. Senarai harga masih dalam kemaskini.sila whatsapp or email untuk mendapatkan harga yang sebenar.

Terimakasih.

Thursday, January 27, 2011

Tarbiah Diri

Pernahkah kita duduk bersendirian, saat memandang langit yang tinggi itu dan pada hamparan bumi yang luas ini. Memerhatikan pohon-pohon yang merimbun, alunan angin yang mersik lalu dedaun gugur melengang jatuh ke bumi. Perhatikan dalam pada diri kita bahawa satu masa nanti kita jua akan begitu yang tidak selamanya akan menongkat langit. Renungkanlah dalam diri kita, tanya pada diri kita segala apa yang telah kita lakukan dalam hidup ini. Antara hubungan kita sesama manusia dan antara hubungan kita dengan Allah Ta’ala. Buatlah penilaian dalam diri kerana sesungguhnya tidak ada satu makhluk Allah yang dapat mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri. Lihatlah segala kekurangan diri kita sebelum melihat kelebihannya. Janganlah mata yang memandang kekejian orang lain dalam melakukan dosa membuatkan diri kita tertutup untuk melihat dosa pada diri kita sendiri. Bukankah manusia yang bijak ialah manusia yang pandai muhasabah dirinya sendiri. Taktala ia melihat kejahatan orang lain lalu ia teringat akan dirinya.

Carilah jua sahabat yang jujur, sahabat yang boleh memacu perjalanan kita ke jalan ilahi. Bukannya sahabat yang sentiasa mengiyakan segala perbuatan kita meskipun yang kita lakukan itu adalah salah. Sahabat begitu adalah sahabat yang akan memalingkan kita jauh dari pintu kebenaran. Dari teman-teman yang jujur, mereka dapat memberitahu kepada kita apakah sifat celaan kita yang tidak kita sedari selama ini. Supaya kita dapat memperbaiki dan berusaha untuk mengubati segala penyakit-penyakit hati yang menodai. Sesungguhnya kita perlu ditarbiahkan setiap detik kerana iman itu sentiasa diuji ada pasang surutnya. Godaan-godaan dunia, kejahatan hawa nafsu dan bisikan-bisikan syaitan tidak pernah jemu untuk menguasai jiwa kita namun hanya manusia yang ikhlas dalam perjuangan hidupnya akan dilindungi Allah Ta’ala.

No comments:

Post a Comment